Death Magnetic

Thursday, December 04, 2008

Salam...utk post kali ni, aku nak review sket pasal album Metallica yang terbaru berjudul Death Magnetic.

Firstly tajuknya, Death Magnetic , hmm...aku sendiri pon x paham..kematian yang berunsurkan medan magnet? hehe...skip la pasal tajuk die....

Sebelom aku komen tentang album ni, mari kita mengenali sedikit sebanyak tentang band Metal yang amat tersohor ini, Metallica
Terdiri daripada 4 orang :

Bekas ahli terdahulu :
  • Dave Mustaine - Lead guitar (telah disingkirkan disebabkan masalah-masalah disiplin)
  • Cliff Burton -  Bassist terbaik Metallica, diingati melalui bass solo lagu Anesthesia -Pulling teeth (mati pada tarikh 27 September 1986, tribute clip ' Cliff Em' All ' 1987, pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada industri trash metal)
  • Jason Newsted - Bassist ( bersama band ini sehingga album S&M , keluar drpd band atas sebab-sebab konflik sesama anggota band ini.)
Band Trash Metal pada asalnya ini ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Lars Ulrich bersama2 James Hetfield dan Ron McGovney dan disusuli dengan kehadiran Dave Mustaine. 
"Hit the Lights" dan "Jump in The Fire" adalah dua lagu debut band ini di gig Radio City, Anaheim, California pada 14 Mac 1982. Dan dari situlah, Metallica terus naik menjadi salah satu ikon dalam industri muzik.
Tentang album baru band tersohor ini, em...apa yang dapat saya katakan.....ialah

Metallica is Back!!

Mungkin anda tertanya2 kenapa saya berkata sedemikian? Bagi peminat setia band ini sudah pasti dapat memahami perkara ini, tapi bg yang x memahami, saya akan jelaskan.

Sebelum kehadiran Death Magnetic, album Metallica yang terakhir adalah St. Anger, suatu eksperimen bagi saya dimana Metallica cuba utk mengikut arus band2 lain yang lebih komersial waktu itu.Dan hasilnya, lagu2 yang hambar, bunyi snare drum Lars yang cam palat dan solo2 Kirk yang rasanya telah cicir lalu hilang di bawah meja produksi semasa album tersebut dilahirkan. Rata-rata fan Metallica waktu itu sungguh x berpuas hati dan menggangap band ini telah 'sold-out' dengan lebih mementingkan pasaran umum dan tidak lagi memperjuangkan muzik metal asal mereka. Pendek kata, St. Anger was a piece of s**t.

Keluarnya Death Magnetic membuatkan ramai fan tertanya, adakah album kali ini seburuk St. Anger?..
Bagi saya , setelah mendengar album ini berulang kali, terutamanya semasa menunggang motor FZ 150i yang disayangi, apa yang saya dapati, Metallica telah kembali menghasilkan album yang hebat setanding album2 mereka yang terdahulu. Solo2 artistik Kirk kembali hadir dalam album ini ( mungkin terjumpa balik kot dari bawah meja produksi...hehe), snare drum palat Lars dah tiada dan lirik2 yang dinyanyikan James mmg 'superb'.

Walaupun album ini tidak sebaik "Master of Puppets" , tapi tak dinafikan album ini boleh dianggap antara karya terbaik Metallica (walaupun sekor2 dah tua dan boroi sket2...hehe)..Album ini mengandungi 10 lagu yang terdiri daripada :
# Title Length
1. "That Was Just Your Life"   7:08
2. "The End of the Line"   7:52
3. "Broken, Beat & Scarred"   6:25
4. "The Day That Never Comes"   7:56
5. "All Nightmare Long"   7:58
6. "Cyanide"   6:40
7. "The Unforgiven III"   7:47
8. "The Judas Kiss"   8:01
9. "Suicide & Redemption"   9:58
10. "My Apocalypse"   5:01

So, bagi peminat2 Metallica di luar sana, jangan tunggu lagi, gi sambar album ni cepat2... and bagi diorang yang masih x tau apa itu Metallica, leh la cuba mendengar album ni dulu. Pastu gi la cari album diorang yang lain, konfem dapat memuaskan kehausan telinga anda untuk sesuatu yang keras dan rancak begitu juga solo2 yang berseni oleh Kirk.
Cukup la stakat ni pandangan aku Death Magnetic, yang lain, korang semua review sendiri......Akhir kata utk Metallica:


"We the Metal Militia salute you!!!" 

0 Komentar:

www.kuatberlakon.com

Video of the Week !!

Search This Blog

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP