Pemuasan Nafsu ( 18 SG )

Friday, December 12, 2008

Hmm...kisah ini berlaku semalam...dalam kul 1 pagi lebih kurang camtu...kisah aku memuaskan nafsu....


Sedang aku leka menekan butang mouse, mengklik apa jua hiburan yang berada di dalam pc buruk ku ini, aku tetiba merasakan seperti ada yang tak kena. Hmm..aku pon wat x reti ja pada mulanya, aku capai rokok Dunhill sebatang, Dunhill duty free yang telah ku kirim drpd rakan yang gi langkawi 2 minggu lepas. Lighter dipetik....ku sedut....


*puff*


Asap berkepul keluar dari mulut, dah macam serombong kapal kontena import eksport dah...Bila dah dekat setengah batang,aku rasakan ia lagi. Ada yang tak kena di bahagian bawah badan aku.. Ahh, dia wat lagi.

Dari petang tadi aku x duduk senang sebenarnya. Aku dah x tahan. Aku ingin merasakan nikmat daging yang basah. Dua lapisan daging yang berair. Nikmat yang dah lama aku x nikmati. Aku nekad. Malam ini aku mesti dapatkannya. Lantaklah orang nak kata apa, biar aku beli, asalkan aku x ambil 'hak' orang.


Jam loceng menunjukkan tepat kul 1.00 pagi, aku terfikir, xkan aku nak naik moto sensorang...ahh, sewa keta ja la, bukan lama sangat pon, 40 minit pegi balik, sejam nak bagi puas, sejam je nak lepaskan gian, x larat aku nak lame-lame. Aku bergegas ke bilik tokei keta bernama Aimzz ( bukan nama sebenar ) , takut kalau dia dah nak tido. Yess, dia baru nak tarik selimut. Aku mintak kunci keta.

1.10 pagi, tuala ku capai, bilik mandi dituju, badan ku bersihkan dan gigi ku gosok. Ye lah, xkan nak gi ngan keadaan serabai kot, orang nak layan pon x lalu. Sekitar 15 minit aku habiskan masa di bilik air, aku pulang ke bilik, siap2 apa yang patut. 


*psstt*   


Ku sembur minyak wangi Adidas Team Force yang dah lama dibeli. Harum semerbak bilik dibuatnya, seb baik rumate aku x terjaga dari tidur lenanya, kot2 la dia ingat ada 'tetamu' yang datang lak, maklumla, malam
ni pon malam Jumaat.


Rumate ku masih keras membatu.


1.30 pagi,  kunci kereta kancil plet NAX **** ku capai dengan rakus, sandal Diadora aku sarung ke kaki, pintu bilik ku kunci. Aku dah x sabar . Yang aku tahu, sekejap lagi keinginan nafsu aku yang melonjak-lonjak akan dipuaskan. Aku mesti dapatkan apa yang aku nak malam ini gak. X kira la apa yang nak jadi.


Enjin kereta aku hidupkan, ku pandu dengan berhati2 kluar dari kampus yang jalannya penuh dgn bonggol, setinggi bonggol yang digunakan penunggang lagak ngeri motorcross ketika membuat show.
Kancil berwarna putih kupecut 80 km/j sepanjang lebuhraya utara-selatan, meunuju ke bahagian seberang pulau pinang. Memang aku sengaja bawak perlahan, al maklumla, keta orang, kang tercabut ape2 kang, aku gak yang kene ganti. Biar lambat asalkan x kuar duit.


2.00 pagi lebih kurang camtu, aku sampai ke tempat yang dituju, tempat pemuasan nafsu. Kereta yang ada x banyak, parking pon berjauhan antara satu sama lain. Ku jenguk dari jauh, ....bagus, orang x ramai, bolehlah aku mendapat layanan dengan serta merta.

Aku disambut seorang lelaki, memaki topi ala-ala topi golf terbalik, dah berkemeja yang di 'tuck in' kedalam seluar slack yang aku rasa x bape mahal agaknya. Dia tanya aku, "nak kat sini ke atau nak bawa balik?". Pergh, giler pe aku bawa balik, xkan aku nak layan depan rumate aku, kang kalau dia terbangun, aku nak jawab apa, xkan nak pelawa dia skali kot,..

Maka aku dengan muke yang penuh sangap menjawab 'kat sini ".

Dia pandang aku lagi sambil bertanya, "nak yang mana? Macam2 ada.." Aku pun belek2 lah kesemua yang ada depan aku, memang btul apa yang dibilang, macam2 ada, yang besar, kecik , medium, gelap, cerah, ....semua ada. Tapi dari saat aku masuk tempat itu, mataku dah terpaku dengan satu, memang menggiurkan.
Cukup daging..empuk...berair....' Saya nak yang tu!!"


Aku bawanya ke tempat yang disediakan..ia diam membisu,..tapi mataku x berhenti melihat jasadnya yang x lama lagi akan menjadi pemuasan nafsuku. 'Sebab' aku membuat kerja gila di malam jumaat ni.


Material yang membalutinya ku buka dgn perlahan-lahan, ku mulakan dengan bahagian bawah...terserlah lah, dua daging yang basah, berair lencun ditengah dan sekelilingnya..ahh, aku dah x tahan, aku londehkan jasadnya, membiarkan ia terbaring di hadapanku...dalam kepala otak ku berfikir sejenak, ' ya....malam ini akan ku ratah jasadmu, nikmati setiap inci jasadmu..nafsuku akan puas malam ini'....
Tapi sebelum aku melunaskan keinginanku, aku snap satu gambar semasa ia baring , agar dapat ku kongsi dengan pembaca-pembaca blog yang ada sekarang ini. Nah...inilah mangsa aku







Tanpa segan silu dan rasa konfidennya, aku x tunggu lagi, aku melantakla burger Double Prosperity ni...pergh, akhinya nafsu makan dan lapar aku ni dapat dipuaskan, tu pon pas melantak adik die skali, prosperity single yang de sekeping je daging...Memang hit the spot la... and after that, pekena sebatang Pall Mall ( Dunhill tertinggal sebab kelam kabut sgt...haha)... memang  btul org cakap, hisap rokok memang best pas puaskan nafsu...hahaha...

3 Komentar:

Anonymous April 19, 2009 at 4:32 PM  

hahaha.. sumpah kelakar gila.

first bace ingatkan ape. :)

good job!!

==_Yano_== April 28, 2009 at 11:03 PM  

hahaha...tq...ada comment rupenya...dah lame ak tinggal bersawang blog ak nih

ejaa cayang=p July 14, 2009 at 2:35 PM  

bekgroun baru..
waa..
tp blog mmg stil bersawang..
post le sumting yang

www.kuatberlakon.com

Video of the Week !!

Search This Blog

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP