Alhamdulillah....Rezeki Allah

Saturday, December 12, 2009

Well...setelah berbulan2 membesarkan badan di rumah dan baru sahaja sebulan lebih bergiat aktif dalam arena job hunting and interviews...akhirnya ak hanya mempunyai kurang daripada seminggu lagi untuk bermalas-malasan di rumah....puncanya.......

Baru sahaja menerima dokumen rasmi daripada Asian Composite (ACM) tadi pagi yang dengan secara rasminya melantik ak sebagai Manufacturing Engineer kelas E1( ak pon x paham kelas pe ni) dan dengan rasminya juga ak akan menamatkan status penganggur ak ni pada 21 hb Disember 2009. Sebenarnya ak telah menerima panggilan daripada cik Habibah daripada ACM pada rabu lepas, cam x caya pon ade, cam kena panggilan hangit pon ade...tapi dengan surat yang diterima tadi, ak dah confirm ini bukan suatu prank ataupun mimpi...

Hmm...skang ni agak sibuk nak bersiap sedia... rumah, medical checkup, peralatan harian dan sebagainya....

Dan selepas ini ak akan bermastautin samada di kawasan changlun, atau bukit kayu hitam....sangatlah berhampiran dengan siam...huhu...agak panas di kawasan ini, bertambah gelaplah ak yang memang sedia gelap ini...hehe

Buat yang tak tahun company ape ACM tu, secara ringkasnya company ini adalah company manufacturing Boeing yang banyak menghasilkan secondary structures untuk pesawat2 boeing tapi lebih spesifik adalah composite parts...dapat gak ak keje company aero...walaupun gaji x banyak...tapi leh la kot, sesuai ngan taraf hidup di kawasan itu yang serba serbinya murah...alhamdulillah

Doakan ak succesfull membina kerjaya ak di company ini ya....Trimas...

Read more...

Kerja Oh Kerja.......

Monday, November 30, 2009

Hmmm...masih belum mendapat kerja...dua interview sudah pergi...pertama di kilang elektronik berhampiran rumah...interview dua kali...sampai jumpa GM...tapi x dapat...then last week dah gi interview company composite manufacturing di bukit kayu hitam...ACM...tunggu la minggu ni...dengan penuh harapan...

bila la nak dapat kerja ni......tu la, sapa suh relaks lama sangat...huhuhu  (--")

Read more...

Nak kurus? Makanlah mee!!!

Wednesday, October 28, 2009

Petikan berita ini diambil daripada Berita Harian 28 Oktober 2009..

USM cipta mi kuning kering untuk kurus

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang memberikan rasa kenyang yang lama dan mampu menurunkan berat badan.

Ketua penyelidik, Profesor Madya Azhar Mat Easa, berkata "Neodles" adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum ia dikomersialkan.

"Neodles melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, ia adalah lebih sesuai kepada mereka yang sensitif terhadap kandungan gula makanan dan mereka yang mengalami masalah kegemukan.

"Produk itu direka menggunakan formula khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman," katanya pada media di USM di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri, Profesor Rozman Din dan tiga penyelidik lain iaitu Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong serta Dr Abbad F M Alkarkhi.

Azhar berkata, produk yang dimajukan menggunakan geran bernilai RM900,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bersifat rintang penghadaman.

Katanya, sifat rintang-penghadaman membolehkan Neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pengguna yang mengamalkan diet.

"Jika Neodles dimakan pada sebelah pagi, pengguna akan berasa kenyang hingga malam dan selain itu, pengguna kini boleh menikmati mi kuning tanpa menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang keterlaluan.

"Produk itu juga berupaya menyumbang faedah kesihatan dari aspek kandungan serat dietari yang menggalakkan kekerapan pembuangan najis," katanya.

Beliau berkata, produk yang akan berada di pasaran pada Februari depan tidak menjejaskan ciri-ciri sensori apabila diuji menggunakan panel sensori.

"Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut cita rasa pengguna. USM pada peringkat akhir berbincang dengan pengeluar dan kita menjangkakan ia akan berada di pasaran pada Februari depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi 200 gram," katanya. - Bernama

Nota kaki: Abisla Dr. Romzey ngan produk Mate nya itu...mesti x laku dah pasni...hehehe...

Read more...

Hmmm...

Monday, October 26, 2009

Wow, it really has been dusty in here...hehe...

Well, nothing interesting has been goin on in my life lately...still unemployed although a lot of applications has been filled and sent...just waiting for my turn i guess...

I'm planning to do another blog that specializes on a certain theme and may be useful to readers especially to those that loves to eat..will be doin that hopefully this week...wait for the launching =]

that's it for now....going back to sleep... (--)zzzzzzzz

Read more...

Egokah Aku???

Wednesday, August 26, 2009

I just found this video from youtube by the famous Wali Band. Their hit single (in Indonesia) Cari Jodoh was good too but i just love the storyline of this video and decided to share it with u. Enjoy.......

Read more...

Hectic Convo Week...Part 2

Friday, August 21, 2009

Salam...Huhu...forgot to update the second part of hectic convo week... (--")

Let's Go!!!

Pas hari Ahad yakni hari makan-makan tersebut, aku lepak rumah je...huhu, letih la gak pas wat menda tu...ye lah, pagi tu aku bangun awal, siap2 ape yang patut, gi amik jubah, kelam kabut balik, siap-siapkan rumah, makanan dan pe yang patut, sampai aku sendiri yang x makan pagi tu, pastu diorang sume sampai, bagi diorang sume makan dulu, baru aku makan...petang diorang chow, kemas-kemas rumah balik...fuhh, penat, ....ari Isnin, lepak rumah dan tido........
Hari Selasa...Lepak rumah juga....Duit x banyak, xleh membazir x tentu hala...hehehe
    Hari Rabu....Siang lepak rumah juga.....Best rumah aku ni...Macam-macam ada, ada pc ak, tenet ak, Fender Squier dan Roland Micro Cube aku, ada tb dan Astro, cukup untuk tidak membuatkan aku bosan tahap gaban......
    Rabu malam lebih kurang pukul 10 malam, ak bersiap ke Terminal Bas Sungai Nibong...amik cik Ejaa yang datang dari UTM Skudai ....huhu, terharu gak sbb die datang semata-mata utk konvo cik abang...hehe...zass trus ke Queensbay, lokasi lebih tepat ialah Kapitan Mamak Food Centre (haha, saja bg sedap bunyi....kedai mamak je la), yang memang feymes ngan Roti Nan dan Ayam Tandoori. Kalau x caya, datang dan tgkla warga2 Arab yang slalu ada disini untuk makan roti nan berkeping-keping dengan lahap....
Aku pon memang x makan lagi malam tu, saja tunggu cik Ejaa nak makan skali. Kami makan nan set. Pas makan, aku hantar cik Ejaa ke desasiswa Indah Kembara, tumpang bilik Edayu sehingga hari Sabtu nanti.
Tima kasih cik Edayu kerana menumpangkan cik Ejaa.
    Hari Khamis, siap awal pagi untuk kuar dating. Hehe, gi Queensbay je...cik Ejaa pon x penah ke sana lagi...gi tgk wayang berjudul Setem....
yeah...memang best dan berbaloi.....sememangnya kalau ade Afdlin yang berlakon, aku tau yang citer tu akan mampu membuat aku tidak menyesal...Tahniah encik Khabir kerana menghasilkan filem sebegini yang mampu menaikkan nama filem Melayu dan tidak merendahkan I.Q minda Melayu seperti filem-filem Prof. Madya tertentu.
    Hari Jumaat, hari yang ditunggu-tunggu, aku bangun awal, pukul 5 camtu dah cerah bijik mata, bukak video pemakaian jubah yang aku download untuk tgk camne nak pakai kalong atas jubah tu....konfius gak aku ngan mende ni...hehe....lantas bersiap apa yang patut.....

    6.30 pagi, bertolak dari rumah...awal gak kuar padahal jarak rumah aku ngan kampus induk adela dalam  15 minit je, 5 minit kalau bawak cam pelesit...Abah dan Mama naik keta Waja, aku naik Kelisa, senang sket aku nak bergerak pas konvo nanti....
Sampai kampus induk, pusing tempat parking depan masjid USM, sume dah penuh, ....pergh,datang awal pon dah penuh....tanpa was-was, zupp ke depan dewan Eureka dan parking dekat line kuning sebelah pintu masuk...hehe, lantakla...pak guard situ pon wat x reti ja, tapi yang pasti, pasni ramai yang akan mengikut jejak langkah aku parking di situ...hehe...( hipotesis ini terbukti time nak balik).
    Kuar dari keta, aku trus pakai jubah dan kalong, dan berjalan trus ke dewan DTSP, call Nami, jumpe Nami bersama gewenya yang sedang tolong pakaikan jubah dan kalongnya...snap gamba satu...
Jumpa lak Firdaus dan Din bersama famili mereka. Bergerak bersama ke dewan mengambil kad nama...
    Huhu...sepatutnya kad nama memang dah disusun mengikut abjad, tapi disebabkan pelajar-pelajar USM ni pandai-pandai belaka, habis berkecamuk sume kad nama....cam nak buat magic trick lak...sian lak aku tgk kakak yang jage kad-kad tu...walaupon dekat 10 minit aku cari tapi x jumpa kad nama aku tu, aku tetap tolong membe2 bg kad nama diorang yang aku jumpe...bek kan aku ni...huhuhu...last-last jumpa gak...tu pon pas menggunakan hikmat mata helang peringkat ke-lapan...haish....
    Bergerak masuk ke dalam dewan DTSP, disebabkan penularan virus H1N1, di pintu nak masuk dewan tu  kene cuci tangan dengan sanitizer yang meruap tu...check-check pemakaian sume, kami ambik tempat duduk di section S03..section skool Aero...kul 9 perarakan masuk...dalam benak kepala ku....terpikir.....
"Isk, da nak grad dah aku rupenye....hari ini secara rasminya aku akan grad....cepatnya masa berlalu, 4 tahun dah rupanya." (-_-)   .................
Majlis bermula .....amik skrol...............majlis tamat........
    Haha, camtula cepatnya aku rasa...ye la, pas abis je pengumuman permulaan majlis tu, trus start ngan skool Aero, trus kami beratur , scan kad nama...dah nek atas stage, amik file ungu tu....trun....x sampai seminit rasanya....
 
Tapak kasut aku memang ade corak2...bukan aku terpijak pape...harap maklum....hehehe.
  Kuar dewan dalam kul 11 camtu kot...plan nye nak ajak ramai2 gi bergambor kat depan DTSP...tapi semua menghilang ke mana aku pon xtau...kami bertiga sahaja yang ada...
    
 
Kiri: Mohd Idzadin
Tengah :Abdul Azim
Kanan : Aku
 
Bergambar ngan cik Ejaa....tq bg katak....lawa baju...hehe
 
Berjumpa ngan kishi dan yasser....kire junior la due2 ni...hehe, xpe kishi, ko konvo aku datang...ko extend pon sbb buat student exchange, nak frust ape lak...hehe
 
Aku tukang ambik gamba je...candid sket...maleh nak masuk gamba...hehe

Dari kiri : Zaki, Seri, Min, Suria
 
Bersama Syafiq yang membwa pesanan, encik Galol kem salam...haha...dah nak keje luar negara dah mamat ni...gud luck...
 
Gambar famili bersama cik Ejaa...hehe, gamba ni dah diprint dan diletak dalam rumah atas speaker sebelah tb...
Berakhir sesi pagi.......
    Pas semayang jumaat, aku kembali, sebab nak pulangkan jubah dan amik frame gamba yang telah aku order sebelom konvo..amik cik Ejaa kat I.K..gi jalan2 kat pesta konvo...kali ni aku bawak adik aku skali....misi dia...nak joli gune duit PTPTN yang baru masuk kat pesta konvo...hehe...pagi dia x dapat ikut sebab xde orang nak amik dia, so aku kesian lak jadi bawakla datang skali....
 
Tu dok khusyuk tgtk apa nak beli tu...dak duit banyak...lagi banyak dari aku...huhuhu
 
Sambil menuggu, ambik gamba sket...
 
Tunggu lagi....edited version
 
Nor Hafiza dan Nur Akthirah (bear yang die beli untuk diri sendiri)
 
Kita
Sekian entri special edition untuk konvo....dah maleh nak menaip....hehe...trima kasih.....


p/s: Ak baru sedar ak x banyak amik gamba...huhu, harap je mem card camera 4 gig....skang baru nak nyesal.......   (--")

Read more...

Hectic Convo Week...Part 1

Monday, August 17, 2009

Last week was a very busy week for me..... (--")

   Fuhh...semua bermula pada hari Ahad lepas...hari ambil jubah bagi sidang 5 peserta konvokasi USM yang ke 40...dah alang2 sume datang ambik jubah, aku pon buatla sket makan2 kat rumah aku ni...tak besar pon, tapi boleh la mengenyangkan para hadirin yang datang pada hari itu.
   Aku buat makan2 hari itu dengan niat hendak mengajak kesemua budak-budak batch skool aku datang berkumpul beramai-ramai sambil makan. Maklumla, dah lama tak jumpa, masing2 dok jauh...yang dekat pon jarang jumpa...So, dekat seminggu aku start ajak budak2 ni datang...mainly aku call sorang2, ye lah, lebih afdal cakap dari mulut dari sms..walaupun kredit jalan cam air terjun sket...so bajet awal adala dalam 25 orang ke 30 orang...tapi biasala, plan x selalunya menjadi...hari kejadian ramai gak yang x dapat datang,..paling sedih saudara Azim kerana dikuarantin di kampus kejuruteraan kerana disyaki H1N1...tapi sihat dah pon skang...demam biasa je. 
    So...dibawah ini gambar-gambar hari makan-makan tersebut.....
 
 
 
 
  
  
    Sume datang skaligus...penuh trus umah aku yang kecik tu...ade yang dok luar , ade yang dok dalam...mintak maafla, aku x ambil gambar banyak sangat...terlupa aku nak ambil gamba...ni pon last teringat sblom diorang blah...
Menu pada hari itu
Nasi minyak
Ayam Masak Merah
Daging Kurma
Kek Pisang
Kek Marble
Nasi himpit
Kuah Kacang
Agar-Agar Merah
Soojee (orang penang sahaja yang tahu) ber-toping buah-buahan cocktail dalam tin
Air Sirap
Ahli Qariah yang telah menghadirkan diri


1.       Mohd Aizat


2.       Mohd Firdaus


3.       Mohd Naim


4.       Mohd Izmir


5.       Nazmi


6.       Kamil


7.       Shaazizi


8.       Hakim


9.       Adam


10.   Jijoe


11.   Fizah


12.   Ain


13.   Min


14.   Seri


15.   Suria


16.   Wahid


17.   Zaki


18.   Apan


19.   Apit


20.   Naim
 






Part 2 mengenai hari konvo akan menyusul kemudian...

Read more...

We Have to Dream On

Monday, August 03, 2009

Dream On by Aerosmith
Every time that I look in the mirror
All these lines on my face are getting clearer
The past is gone
It goes by, like dusk to dawn
Isn't that the way
Everybody's got their dues in life to pay

Yeah, I know nobody knows
where it comes and where it goes
I know it's everybody's sin
You got to lose to know how to win

Half my life
is in books' written pages
Lived and learned from fools and
from sages
You know it's true
All the things come back to you

Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter, sing for the tears
Sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good lord will take you away

Yeah, sing with me, sing for the year
sing for the laughter, sing for the tear
sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away

Dream On Dream On Dream On
Dream until your dreams come true
Dream On Dream On Dream On
Dream until your dream comes through
Dream On Dream On Dream On
Dream On Dream On
Dream On Dream On

Sing with me, sing for the year
sing for the laughter, sing for the tear
sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away
Sing with me, sing for the year
sing for the laughter, sing for the tear
Sing with me, if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away......

Read more...

Banner Baru !!!!

Sunday, August 02, 2009

Ak merasakan kebosanan dan bila ak buka blog ak ni...ak rase cam banner ak lagilah dull dan membosankan...

Bukak Photoshop CS4

Cari Gambar dan Brush yang menarik

EDIT....EDIT......EDIT.....EDIT......EDIT

BANNER BARU SIAPP!!

Amacam?







p/s: perbezaan banner dahulu dan sekarang

Dahulu

Sekarang
Sesi cuba-cuba

 

Read more...

lima 2007 hebat ??? part 2

Friday, July 31, 2009

Salam...ops, hampir terlupa ak untuk menyambung kisah LIMA 2007 tempoh hari...

   Jadi, mari kita sambung kisah perjalanan tiga sahabat pengembara kita ke LIMA 2007....ZASSSS

p/s: entri ini lebih banyak gambar (berkualiti rendah) kerana pengembara2 kita sudah sampai ke desinasi mereka yakni Langkawi, namun kebanyakan gambar menarik x dapat ditunjuk kerana berada dalam keadaan hard copy yang sekarang ini masih disimpan oleh saudara Azim..........arghh...dia wat harta lak....
    Hmm...dimana ya ak berenti....owh ya....kami sudah pon sampai ke Langkawi, walaupun ari pertama kami sudah membawa kesialan yang agak mengguris hati dan nurani, yakni ditipu untuk penempatan hotel (sila rujuk post 'lima 2007 hebat ??? part 1' untuk lebih memahami..)

   Namun begitu, semangat dan perasaan kami untuk menjejakkan kaki ke LIMA sekaligus menerokai pulau lagenda masih tinggi dan berkobar-kobar. Malam itu, selepas saja menyantap makanan bajet (kerna kecewa ditipu pada siang tadi) berupa setin sardin dan sebuku roti cap gardenia...enak dimakan begitu sahaja....lebih sedap dimakan dengan setin sardin.....kami pon tidor untuk mengumpul tenaga untuk hari esok.....

Destinasi : LIMA 2007

   Keesokan paginya, kami bertolak awal pagi dan berjalan kembali ke jeti untuk mendapatkan teksi....ya....kami berjalan....yang jaraknya dari hotel tersebut adalah dalam lebih kurang 10 km...yang ak pasti x kurang daripada itu...yang pasti...dapat membuat anda berpeluh sakan....

   Pas mendapatkan teksi, yang sememangnya tambang semasa LIMA berlangsung adalah dua atau tiga kali ganda daripada hari biasa, kami menuju ke lapangan terbang Padang Matsirat dimana berlangsungnya acara tersebut.

Pergh, ramainya anak cucu adam kat sini!!! 
   Itulah perkara pertama yang keluar daripada mulut ak sebaik sahaja sampai di pintu masuk acara ini. Memang ramai, daripada semuda2 baby yang didukung para-para ibu sehinggalah warga-warga emas yang berkaki tiga,...kesemuanya hadir untuk menyaksikan LIMA....'aircraft' memang dapat memberikan efek sebegitu pada setiap manusia...
   Kawalan keselamatan di pintu utama agak ketat dan pengunjung perlu membeli tiket untuk masuk. Harga tiket ak dah x bape igt tapi masih leh dianggap berpatutan dan tak meringankan dompet. Jadi, apa yang ada dalam ruangan pameran di dalam?? Company-company aeroangkasa merangkumi dalam dan luar negara memang bersepah. Sebut sahaja, lebih kurang semua ada. Masing2 membawa pameran mereka merangkumi teknologi dan servis yang terbaru ( pada tahun 2007 la ) dalam industry aeroangkasa ni.
 
  
  
  
  
 

   Dan kalau anda ingat, tahun 2007 juga adalah tahun kita mempunyai angkasawan pertama negara....kami juga berpeluang menjumpai beliau, bergambar bersama dan juga mendapat autograph beliau...
Tapi gambar tersebut adalah dalam bentuk hardcopy dan tidak dapat dipamer disini....mintak maaf
 
  
  
 
   Pas penat pusing2 dalam, kami ke luar bahagian pameran dimana pesawat-pesawat dari dalam negara terutamanya dari TUDM ditempatkan untuk pameran. Terdapat juga pesawat2 dari RAAF (Royal Australian Airforce). Pada tahun ini juga Malaysia baru sahaja menerima beberapa pesawat tempur terbaru Sukhoi. Pandang mana-mana sahaja pasti anda akan nampak 'besi-besi' terbang ini....
 
  
  
 
    Hoho, ak teringat satu kejadian.....tgh kami syok2 amik gamba pe suma, panglima tentera udara kita berjalan betul2 belakang ak, diiringi konco2 beliau....yang bestnya....ak x pasan so ak wat xtau je, padahal orang len suma dok sibuk ketepi....haha, seb ak ak x kena front support depan2 tu....
   Hmm, paling best semasa acara LIMA sudah semestinya, airshow!!! Pertunjukkan acrobatic Red Arrow memang xkan dapat ak lupakan.....bunyi-bunyi kapal pesawat yang lalu diatas kepala memang kuat, beberapa kali penonton akan tertunduk-tertunduk (tindakan refleks) pabila pesawat seperti F-18 atau Tomcat lalu atas kepala.....haha, kami pon asyik gelak je bila jadi camtu...ye la, rase cam kepale nak kene cantas je....
   Pas airshow, kami masuk semula ke dalam ruang pameran....dan satu kejadian yang telah memberikan kenangan manis buat kami bertiga terjadi....
   Kami didatangi seorang brade time ngah lepak2 kat booth TUDM (bukan Bro Hancing....sila rujuk part 1)....die tegur kami....tanye kami dari mana....kami pon jawabla.....USM kejuruteraan terchenta...dan dari situ banyak soklan diajukan kepada kami....
   Memula tu kami pon pk "Apahal brader ni, dok tanya macam2 lak..."...kami pon memulanya cam nak xnak je la layan kan...  lalu brader tersebut memperkenalkan diri beliau.....beliau adalah seorang wartawan daripada BERITA HARIAN.....hah?????
   HAHAHA...ade lak wartawan interview kami bertiga....lepas daripada tu...kami bertambah bersemangat menjawab soklan-soklan beliau...dipanggil pulak seorang jurufoto daripada HARIAN METRO untuk mengambil beberapa foto kami bersama kakak-kakak yang menjaga booth TUDM...ye la...time tu pon kami memang ngah lepak kat situ pon ( bersepah cenderahati dah dapat sebelom intebiu, pas intebiu, dapat lagi cenderahati2 yang eksklusif plak yang pengunjung biasa x dapat....hehehe).. pas kami bersalaman...kami pon beredar...pulang ke jeti untuk sewa kereta lak dengan harapan yang x terlalu tinggi bahawa kami akan keluar paper nanti....
   Owh ya, sewa keta time LIMA ni akan naik lebih kurang dua kali ganda daripada asal....harga asal dalam RM40 untuk sehari....kalau dapat RM70 tu rembat la cepat2 k....dah kira ok la tu
   So kami kembali ke hotel menaiki kereta yang baru disewa tadi.....pas mandi....kami keluar pusing2 langkawi malam itu....dan....
AMARAN : JANGAN IKUTI PERBUATAN INI 
    Hahaha....pas makan....kami ronda kembali ke kawasan Padang Matsirat dengan niat....nak dapat cenderahati percuma yang memang x boleh dibeli.....apakah menda itu???
   Malam itu, kami berniat nak ambil banner LIMA yang bergantungan de sepanjang jalan ke Padang Matsirat, sorang satu banner....hahaha, dari petang tu kami memang dah ada niat itu....ye la kan, bannner tu pon terbiar x terjage....pas abis LIMA pon akan dibuang gak kan...so lebih baik kami simpan wat kenangan...
   Dua tiga kali kami ronda kawasan tersebut...mencari banner yang rendah dan mudah dibuka...malkumla, kami pencuri amatur, barang kelengkapa pe pun xde, dahla banner tu sume diikat ngan dawai besi....
   Pusing2, jumpala satu, disangkut atas tiang bersebelahan pokok...disebabkan ketinggian masing2 adalah normal dan x melebihi 7 kaki.... kereta diparking betul2 bawah tiang tersebut....owh, lupa nak beritahu, waktu ketika acara ini berlangsung adalah melebihi 12 tgh malam.
   Jadi sorang daripada kami pon naik atas bumbung kereta, dan dengan gaya Mc. Guyver versi Malaysia, dapat membuka banner yang diikat kuat tersebut, sorang lagi daripada kami dah siap sedia utk menjadi pemandu getaway dan saya dilantik menjadi teropong skodeng memastikan line clear dan tiada bahaya....
   Yayyy..dapat satu banner....masuk je dalam keta....berderau darah kami....sebaik ja kami nak jalan balik...

   Keta peronda polis lalu la.....hahaha....memang timing yang boleh menyebabkan sakit jantung....tapi kami selamat...tapi....rasa malas (dan takut....kami budak2 baik...hehehe) nak cilok banner lagi...jadi...pulanglah ke hotel kembali....
   Hari ketiga di Langkawi diisi dengan melawat tourist2 spot di situ, x lupa jugak gi mandi laut ...antaranya yang biasalah dilawati seperti Underwater World, cable car Mat Chinchang..dan pekan Kuah...dan lain-lain....satu hari mengabiskan minyak keta..
 
  
 
   Hari keempat....Pagi xtau nak wat apa....kembali ke Pekan Kuah ...sambar coklat dan rokok....dan....
Beli paper BERITA HARIAN.....hahaha...kejutan pertama....ada cerita tentang kami bertiga....ak masih ingat tajuk nya sehingga ke hari ini.
"Kisah Semangat Tiga Pelajar"

   Hehehe...walaupun ruangan cerita ini taklah besar...tapi mudah untuk dilihat dengan mata kasar...maaf foto tentang cerita tersebut xde...keratan akhbar tu pon dah hilang...huuuuuu
Hari keempat ni kami bertolak pulang, dengan janji yang kami akan kembali untuk LIMA 2009...
   Ops, lupa lak nak gtau.....2 hari selepas kami pulang, En. Huzaimi msg ak....soh gi beli paper HARIAN METRO....kenapa???
 
 
HAHAHA...muka kami berjaya masuk paper tanpa perlu membunuh sesiapa, merogol sesiapa mahupun  menjual daun ketum....... SEKIAN. =]

Read more...

lima 2007 hebat ??? part 1

Tuesday, July 28, 2009

Hmm...biarlah aku menulis dalam bahasa melayu pula kali ini...
bahasa ibunda bahasa tercinta...
bahasa orang melayu rakyat malaysia...

Pas belek-belek balik gamba2 yang ak ambil semasa di langkawi tempoh hari, telah membuatkan ak terkenang kembali kenangan berada di Langkawi pada tahun 2007...masa itu ak tgh cuti antara smester sblom menjadi pelajar tahun ketiga pusat pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia. Plan ke Langkawi itu telah dirancang berbulan-bulan lamanya...

Pada asalnya ramai yang mahu ikut bersama...tapi last-last minute, hanya tinggal bertiga... aku, Encik Azim (nama sebenar) dan Encik Huzaimi (juga nama sebenar)...hanya kami bertiga wakil pelajar aeroangkasa tahun 3 yg berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi, dengan tujuan utama yakni LIMA 2007...(kepada yang x tahu apa itu LIMA....silalah google sendiri)..

Seingat aku, kami bertolak pagi, kul bapa ak x igt, tapi ak bertolak lebih awal, dari rumah menaiki moto ke kampus (ak balik rumah sblom tu) dan kemudiannya pergi ke stesen bas parit buntar dengan membawa beg yg x bapa penuh dan semangat yang berkobar-kobar utk menyaksikan LIMA yang telah digembar-gemburkan setanding acara antarabangsa...

Kami kemudiannya menaiki bas ke Butterworth, tukar bas menuju ke Alor Star dan trun di Shahab Perdana (ejaan x pasti betul ke idak)...berhenti berehat sambil mengisi tank minyak masing2 utk membolehkan kaki berfungsi secara optimum dan minda berfungsi secara maximum....Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Perlis...Dan tiba di jeti Kuala Perlis...Lalu beratur utk membeli tiket feri...



Bagi anda yang tidak pernah pergi ke Langkawi sebelom ini, di sini saya juga bakal memberikan tips2 dan pengalaman yang berharga utk anda untuk mengelakkan anda ditipu atau lebih dikenali dengan bahasa supermarket, dikencing.....(sbb kami pun kena kencing time tu)....Jadi truskan membaca....

Ok...dimana saya td....owh, beratur beli tiket

haa...time beratur beli tiket, datanglah seorang brader, tanya macam2....ikuti perbualan kami dibawah

Bro Hancing : Dik nak pi tgk LIMA ka?

Kami : Aah..(Dengan muka excited...nak tau camna, sila bayangkan anda bakal menerima RM 1 juta...haa, skarang sila pergi ke cermin yang berdekatan dan lihat wajah anda.)

Bro Hancing : Dik dah booking hotel lom?

Kami : Lom...kami datang ni pon dengan hati yang terbuka dan penuh tawakal kepada Allah s.w.t ja.... (abaikan yang ini, ni ak tambah untuk menyedapkan sahaja cerpen hikayat aku ni)
 
Bro Hancing : Dik, skang ni susah nak dapat hotel...LIMA dik, banyak dah penuh...abang ada booking siap dah, kalau nak leh amik bilik abang, nak tak?

Kami : Brapa bang ?

Bro Hancing : Dik bayar RM50 tuk deposit kat abang, pastu nanti abg bagi resit adik bg, nanti hotel tu potong RM 50 tu...yg lebih tu dik bayar la ngan hotel k.

Kami berbincang seketika, x lama, hanya barang seminit dua.

Kami : Ok la bang...

Resit ditulis, tangan masing-masing menggapai dompet, duit dikeluarkan, duit dihulur...duit disambut......
duit sudah x kelihatan...

Bro Hancing : Ni resit, abang dah tulis alamat ni, nanti pi kat alamat ni...nanti sampai sana nak sewa keta ka? Abg ada keta kalau nak sewa...

Kami : Xpala bang, kami xnak sewa lagi, sampai ni pon dah nak malam nanti, kami nek teksi ja dulu kot..

Bro Hancing : Ok, xpala..

Kami : Tq bang..

Perbualan tamat. 

Tiket telah dibeli. Feri dinaiki. Langkawi menanti. Sebelom dijejaki. Ambil gambar untuk ditatap kemudian hari. Maaf atas kualiti gambar-gambar ini. Handphone dahulu x secanggih kini.

 
  


Tiba di Langkawi menjelang 7, kami trus berjalan melalui 'pagar' ketibaan. Sambar peta free satu, lalu keluar ke jalan utama, mencari kenderaan untuk ke hotel yang mempunyai katil dan shower yang memanggil2 dari tadi... 
Alamat hotel yang telah 'di-booking' awal tadi ditunjukkan kepada pemandu teksi. Berdesup kereta bercat merah kuning ini membawa kami ke koordinat yang telah diberi. Nasib baik sampai dengan kesemua anggota badan masih di tempat asal. Beg dikeluarkan dan kaki melangkah masuk ke lobi hotel.
Dan......saat yang ditunggu-tunggu........
Resit tadi dikeluarkan, ditunjukkan kepada kakak di kaunter tersebut, lalu kami berkata..
"Kami ada booking bilik tadi. Ni resitnya."
Kakak tadi wat muka blur2, dipanggil plak seorang lelaki berbangsa cina utk melihat resit yang telah kami berikan. Lelaki tersebut juga wat muka blur, tapi x se-blur kakak tadi. Dan dengan susulannya beberapa perkataan telah keluar daripada mulut lelaki tersebut yang telah membuatkan kami berasa PANAS, bermula dari telinga kami yang menerima kata-kata tersebut lalu secara osmosis trun ke hati masing-masing...
"Wa tatak kenai ini olang, kami talak hantar olang ma buat reservation, tapi kalau lu olang mau bilik, ala banyak lagi...mau ka?"
Arghhhh....kami dah kena kencing....RM50 dah melayang.....pelbagai kata sumpah seranah dan berbaur lucah melayang dalam pemikiran ak waktu itu, dan semestinya ditujukan khas buat Bro HANCING tadi.....
Jadi...tips pertama untuk orang yang tidak pernah ke Langkawi ataupun yang ingin menyaksikan LIMA tahun ini, pertama sekali, 
Jangan terpengaruh dengan sebarang tawaran yang dibuat oleh ULAT-ULAT jualan yang berada di sekitar terminal feri itu... 
ya...jangan sesekali terpengaruh...mahupun anda pergi semasa acara LIMA sedang berlangsung dan khuatir tiada hotel disana nanti, lebih baik anda ambil map FREE yang disediakan...sewa keta, dan rondalah satu Langkawi untuk cari hotel yang ada...Langkawi bukan besar mana pon...dalam x sampai 3 jam dah leh pusing satu langkawi....tolak tambah masa untuk membuang sisa2 dan mengisi minyak kereta.
Tip kedua,   
Jikalau memang benar-benar khuatir, especially yang berkeluarga, google lah hotel2 yang ada di Langkawi dan buatlah tempahan awal sebelom pergi. 
Dengan cara ini, pasti dapat mengelakkan anda daripada tidak mengalami tekanan mental dan kekejangan urat belikat kerna telah menyumbang kepada pengencing-pengencing yang berkenaan. 
Berbalik kepada hikayat pengembara-pengembara kita tadi......
Disebabkan masing-masing dah letih tahap lipan beranak lapan, kami pon amik je bilik tu.....bayarlah kami utk 2 malam dahulu...
Nek atas, mandi2....berehat sebentar bersama katil dan tv....lalu trun ke kedai mesra Petronas yang besebelahan hotel yang kami duduki......untuk membeli sadin setin dan sebuku roti...
Haha...terpaksa kami berdestinasi bajet malam tu.....
UISHH !!! Banyak dah ak taip rupanya....rest la plak....
Akan bersambung di next post....nantikan kemunculannya



Sblom itu, sedikit teaser untuk anda.....

Read more...

www.kuatberlakon.com

Video of the Week !!

Search This Blog

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP