lima 2007 hebat ??? part 2

Friday, July 31, 2009

Salam...ops, hampir terlupa ak untuk menyambung kisah LIMA 2007 tempoh hari...

   Jadi, mari kita sambung kisah perjalanan tiga sahabat pengembara kita ke LIMA 2007....ZASSSS

p/s: entri ini lebih banyak gambar (berkualiti rendah) kerana pengembara2 kita sudah sampai ke desinasi mereka yakni Langkawi, namun kebanyakan gambar menarik x dapat ditunjuk kerana berada dalam keadaan hard copy yang sekarang ini masih disimpan oleh saudara Azim..........arghh...dia wat harta lak....
    Hmm...dimana ya ak berenti....owh ya....kami sudah pon sampai ke Langkawi, walaupun ari pertama kami sudah membawa kesialan yang agak mengguris hati dan nurani, yakni ditipu untuk penempatan hotel (sila rujuk post 'lima 2007 hebat ??? part 1' untuk lebih memahami..)

   Namun begitu, semangat dan perasaan kami untuk menjejakkan kaki ke LIMA sekaligus menerokai pulau lagenda masih tinggi dan berkobar-kobar. Malam itu, selepas saja menyantap makanan bajet (kerna kecewa ditipu pada siang tadi) berupa setin sardin dan sebuku roti cap gardenia...enak dimakan begitu sahaja....lebih sedap dimakan dengan setin sardin.....kami pon tidor untuk mengumpul tenaga untuk hari esok.....

Destinasi : LIMA 2007

   Keesokan paginya, kami bertolak awal pagi dan berjalan kembali ke jeti untuk mendapatkan teksi....ya....kami berjalan....yang jaraknya dari hotel tersebut adalah dalam lebih kurang 10 km...yang ak pasti x kurang daripada itu...yang pasti...dapat membuat anda berpeluh sakan....

   Pas mendapatkan teksi, yang sememangnya tambang semasa LIMA berlangsung adalah dua atau tiga kali ganda daripada hari biasa, kami menuju ke lapangan terbang Padang Matsirat dimana berlangsungnya acara tersebut.

Pergh, ramainya anak cucu adam kat sini!!! 
   Itulah perkara pertama yang keluar daripada mulut ak sebaik sahaja sampai di pintu masuk acara ini. Memang ramai, daripada semuda2 baby yang didukung para-para ibu sehinggalah warga-warga emas yang berkaki tiga,...kesemuanya hadir untuk menyaksikan LIMA....'aircraft' memang dapat memberikan efek sebegitu pada setiap manusia...
   Kawalan keselamatan di pintu utama agak ketat dan pengunjung perlu membeli tiket untuk masuk. Harga tiket ak dah x bape igt tapi masih leh dianggap berpatutan dan tak meringankan dompet. Jadi, apa yang ada dalam ruangan pameran di dalam?? Company-company aeroangkasa merangkumi dalam dan luar negara memang bersepah. Sebut sahaja, lebih kurang semua ada. Masing2 membawa pameran mereka merangkumi teknologi dan servis yang terbaru ( pada tahun 2007 la ) dalam industry aeroangkasa ni.
 
  
  
  
  
 

   Dan kalau anda ingat, tahun 2007 juga adalah tahun kita mempunyai angkasawan pertama negara....kami juga berpeluang menjumpai beliau, bergambar bersama dan juga mendapat autograph beliau...
Tapi gambar tersebut adalah dalam bentuk hardcopy dan tidak dapat dipamer disini....mintak maaf
 
  
  
 
   Pas penat pusing2 dalam, kami ke luar bahagian pameran dimana pesawat-pesawat dari dalam negara terutamanya dari TUDM ditempatkan untuk pameran. Terdapat juga pesawat2 dari RAAF (Royal Australian Airforce). Pada tahun ini juga Malaysia baru sahaja menerima beberapa pesawat tempur terbaru Sukhoi. Pandang mana-mana sahaja pasti anda akan nampak 'besi-besi' terbang ini....
 
  
  
 
    Hoho, ak teringat satu kejadian.....tgh kami syok2 amik gamba pe suma, panglima tentera udara kita berjalan betul2 belakang ak, diiringi konco2 beliau....yang bestnya....ak x pasan so ak wat xtau je, padahal orang len suma dok sibuk ketepi....haha, seb ak ak x kena front support depan2 tu....
   Hmm, paling best semasa acara LIMA sudah semestinya, airshow!!! Pertunjukkan acrobatic Red Arrow memang xkan dapat ak lupakan.....bunyi-bunyi kapal pesawat yang lalu diatas kepala memang kuat, beberapa kali penonton akan tertunduk-tertunduk (tindakan refleks) pabila pesawat seperti F-18 atau Tomcat lalu atas kepala.....haha, kami pon asyik gelak je bila jadi camtu...ye la, rase cam kepale nak kene cantas je....
   Pas airshow, kami masuk semula ke dalam ruang pameran....dan satu kejadian yang telah memberikan kenangan manis buat kami bertiga terjadi....
   Kami didatangi seorang brade time ngah lepak2 kat booth TUDM (bukan Bro Hancing....sila rujuk part 1)....die tegur kami....tanye kami dari mana....kami pon jawabla.....USM kejuruteraan terchenta...dan dari situ banyak soklan diajukan kepada kami....
   Memula tu kami pon pk "Apahal brader ni, dok tanya macam2 lak..."...kami pon memulanya cam nak xnak je la layan kan...  lalu brader tersebut memperkenalkan diri beliau.....beliau adalah seorang wartawan daripada BERITA HARIAN.....hah?????
   HAHAHA...ade lak wartawan interview kami bertiga....lepas daripada tu...kami bertambah bersemangat menjawab soklan-soklan beliau...dipanggil pulak seorang jurufoto daripada HARIAN METRO untuk mengambil beberapa foto kami bersama kakak-kakak yang menjaga booth TUDM...ye la...time tu pon kami memang ngah lepak kat situ pon ( bersepah cenderahati dah dapat sebelom intebiu, pas intebiu, dapat lagi cenderahati2 yang eksklusif plak yang pengunjung biasa x dapat....hehehe).. pas kami bersalaman...kami pon beredar...pulang ke jeti untuk sewa kereta lak dengan harapan yang x terlalu tinggi bahawa kami akan keluar paper nanti....
   Owh ya, sewa keta time LIMA ni akan naik lebih kurang dua kali ganda daripada asal....harga asal dalam RM40 untuk sehari....kalau dapat RM70 tu rembat la cepat2 k....dah kira ok la tu
   So kami kembali ke hotel menaiki kereta yang baru disewa tadi.....pas mandi....kami keluar pusing2 langkawi malam itu....dan....
AMARAN : JANGAN IKUTI PERBUATAN INI 
    Hahaha....pas makan....kami ronda kembali ke kawasan Padang Matsirat dengan niat....nak dapat cenderahati percuma yang memang x boleh dibeli.....apakah menda itu???
   Malam itu, kami berniat nak ambil banner LIMA yang bergantungan de sepanjang jalan ke Padang Matsirat, sorang satu banner....hahaha, dari petang tu kami memang dah ada niat itu....ye la kan, bannner tu pon terbiar x terjage....pas abis LIMA pon akan dibuang gak kan...so lebih baik kami simpan wat kenangan...
   Dua tiga kali kami ronda kawasan tersebut...mencari banner yang rendah dan mudah dibuka...malkumla, kami pencuri amatur, barang kelengkapa pe pun xde, dahla banner tu sume diikat ngan dawai besi....
   Pusing2, jumpala satu, disangkut atas tiang bersebelahan pokok...disebabkan ketinggian masing2 adalah normal dan x melebihi 7 kaki.... kereta diparking betul2 bawah tiang tersebut....owh, lupa nak beritahu, waktu ketika acara ini berlangsung adalah melebihi 12 tgh malam.
   Jadi sorang daripada kami pon naik atas bumbung kereta, dan dengan gaya Mc. Guyver versi Malaysia, dapat membuka banner yang diikat kuat tersebut, sorang lagi daripada kami dah siap sedia utk menjadi pemandu getaway dan saya dilantik menjadi teropong skodeng memastikan line clear dan tiada bahaya....
   Yayyy..dapat satu banner....masuk je dalam keta....berderau darah kami....sebaik ja kami nak jalan balik...

   Keta peronda polis lalu la.....hahaha....memang timing yang boleh menyebabkan sakit jantung....tapi kami selamat...tapi....rasa malas (dan takut....kami budak2 baik...hehehe) nak cilok banner lagi...jadi...pulanglah ke hotel kembali....
   Hari ketiga di Langkawi diisi dengan melawat tourist2 spot di situ, x lupa jugak gi mandi laut ...antaranya yang biasalah dilawati seperti Underwater World, cable car Mat Chinchang..dan pekan Kuah...dan lain-lain....satu hari mengabiskan minyak keta..
 
  
 
   Hari keempat....Pagi xtau nak wat apa....kembali ke Pekan Kuah ...sambar coklat dan rokok....dan....
Beli paper BERITA HARIAN.....hahaha...kejutan pertama....ada cerita tentang kami bertiga....ak masih ingat tajuk nya sehingga ke hari ini.
"Kisah Semangat Tiga Pelajar"

   Hehehe...walaupun ruangan cerita ini taklah besar...tapi mudah untuk dilihat dengan mata kasar...maaf foto tentang cerita tersebut xde...keratan akhbar tu pon dah hilang...huuuuuu
Hari keempat ni kami bertolak pulang, dengan janji yang kami akan kembali untuk LIMA 2009...
   Ops, lupa lak nak gtau.....2 hari selepas kami pulang, En. Huzaimi msg ak....soh gi beli paper HARIAN METRO....kenapa???
 
 
HAHAHA...muka kami berjaya masuk paper tanpa perlu membunuh sesiapa, merogol sesiapa mahupun  menjual daun ketum....... SEKIAN. =]

Read more...

lima 2007 hebat ??? part 1

Tuesday, July 28, 2009

Hmm...biarlah aku menulis dalam bahasa melayu pula kali ini...
bahasa ibunda bahasa tercinta...
bahasa orang melayu rakyat malaysia...

Pas belek-belek balik gamba2 yang ak ambil semasa di langkawi tempoh hari, telah membuatkan ak terkenang kembali kenangan berada di Langkawi pada tahun 2007...masa itu ak tgh cuti antara smester sblom menjadi pelajar tahun ketiga pusat pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia. Plan ke Langkawi itu telah dirancang berbulan-bulan lamanya...

Pada asalnya ramai yang mahu ikut bersama...tapi last-last minute, hanya tinggal bertiga... aku, Encik Azim (nama sebenar) dan Encik Huzaimi (juga nama sebenar)...hanya kami bertiga wakil pelajar aeroangkasa tahun 3 yg berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi, dengan tujuan utama yakni LIMA 2007...(kepada yang x tahu apa itu LIMA....silalah google sendiri)..

Seingat aku, kami bertolak pagi, kul bapa ak x igt, tapi ak bertolak lebih awal, dari rumah menaiki moto ke kampus (ak balik rumah sblom tu) dan kemudiannya pergi ke stesen bas parit buntar dengan membawa beg yg x bapa penuh dan semangat yang berkobar-kobar utk menyaksikan LIMA yang telah digembar-gemburkan setanding acara antarabangsa...

Kami kemudiannya menaiki bas ke Butterworth, tukar bas menuju ke Alor Star dan trun di Shahab Perdana (ejaan x pasti betul ke idak)...berhenti berehat sambil mengisi tank minyak masing2 utk membolehkan kaki berfungsi secara optimum dan minda berfungsi secara maximum....Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Perlis...Dan tiba di jeti Kuala Perlis...Lalu beratur utk membeli tiket feri...



Bagi anda yang tidak pernah pergi ke Langkawi sebelom ini, di sini saya juga bakal memberikan tips2 dan pengalaman yang berharga utk anda untuk mengelakkan anda ditipu atau lebih dikenali dengan bahasa supermarket, dikencing.....(sbb kami pun kena kencing time tu)....Jadi truskan membaca....

Ok...dimana saya td....owh, beratur beli tiket

haa...time beratur beli tiket, datanglah seorang brader, tanya macam2....ikuti perbualan kami dibawah

Bro Hancing : Dik nak pi tgk LIMA ka?

Kami : Aah..(Dengan muka excited...nak tau camna, sila bayangkan anda bakal menerima RM 1 juta...haa, skarang sila pergi ke cermin yang berdekatan dan lihat wajah anda.)

Bro Hancing : Dik dah booking hotel lom?

Kami : Lom...kami datang ni pon dengan hati yang terbuka dan penuh tawakal kepada Allah s.w.t ja.... (abaikan yang ini, ni ak tambah untuk menyedapkan sahaja cerpen hikayat aku ni)
 
Bro Hancing : Dik, skang ni susah nak dapat hotel...LIMA dik, banyak dah penuh...abang ada booking siap dah, kalau nak leh amik bilik abang, nak tak?

Kami : Brapa bang ?

Bro Hancing : Dik bayar RM50 tuk deposit kat abang, pastu nanti abg bagi resit adik bg, nanti hotel tu potong RM 50 tu...yg lebih tu dik bayar la ngan hotel k.

Kami berbincang seketika, x lama, hanya barang seminit dua.

Kami : Ok la bang...

Resit ditulis, tangan masing-masing menggapai dompet, duit dikeluarkan, duit dihulur...duit disambut......
duit sudah x kelihatan...

Bro Hancing : Ni resit, abang dah tulis alamat ni, nanti pi kat alamat ni...nanti sampai sana nak sewa keta ka? Abg ada keta kalau nak sewa...

Kami : Xpala bang, kami xnak sewa lagi, sampai ni pon dah nak malam nanti, kami nek teksi ja dulu kot..

Bro Hancing : Ok, xpala..

Kami : Tq bang..

Perbualan tamat. 

Tiket telah dibeli. Feri dinaiki. Langkawi menanti. Sebelom dijejaki. Ambil gambar untuk ditatap kemudian hari. Maaf atas kualiti gambar-gambar ini. Handphone dahulu x secanggih kini.

 
  


Tiba di Langkawi menjelang 7, kami trus berjalan melalui 'pagar' ketibaan. Sambar peta free satu, lalu keluar ke jalan utama, mencari kenderaan untuk ke hotel yang mempunyai katil dan shower yang memanggil2 dari tadi... 
Alamat hotel yang telah 'di-booking' awal tadi ditunjukkan kepada pemandu teksi. Berdesup kereta bercat merah kuning ini membawa kami ke koordinat yang telah diberi. Nasib baik sampai dengan kesemua anggota badan masih di tempat asal. Beg dikeluarkan dan kaki melangkah masuk ke lobi hotel.
Dan......saat yang ditunggu-tunggu........
Resit tadi dikeluarkan, ditunjukkan kepada kakak di kaunter tersebut, lalu kami berkata..
"Kami ada booking bilik tadi. Ni resitnya."
Kakak tadi wat muka blur2, dipanggil plak seorang lelaki berbangsa cina utk melihat resit yang telah kami berikan. Lelaki tersebut juga wat muka blur, tapi x se-blur kakak tadi. Dan dengan susulannya beberapa perkataan telah keluar daripada mulut lelaki tersebut yang telah membuatkan kami berasa PANAS, bermula dari telinga kami yang menerima kata-kata tersebut lalu secara osmosis trun ke hati masing-masing...
"Wa tatak kenai ini olang, kami talak hantar olang ma buat reservation, tapi kalau lu olang mau bilik, ala banyak lagi...mau ka?"
Arghhhh....kami dah kena kencing....RM50 dah melayang.....pelbagai kata sumpah seranah dan berbaur lucah melayang dalam pemikiran ak waktu itu, dan semestinya ditujukan khas buat Bro HANCING tadi.....
Jadi...tips pertama untuk orang yang tidak pernah ke Langkawi ataupun yang ingin menyaksikan LIMA tahun ini, pertama sekali, 
Jangan terpengaruh dengan sebarang tawaran yang dibuat oleh ULAT-ULAT jualan yang berada di sekitar terminal feri itu... 
ya...jangan sesekali terpengaruh...mahupun anda pergi semasa acara LIMA sedang berlangsung dan khuatir tiada hotel disana nanti, lebih baik anda ambil map FREE yang disediakan...sewa keta, dan rondalah satu Langkawi untuk cari hotel yang ada...Langkawi bukan besar mana pon...dalam x sampai 3 jam dah leh pusing satu langkawi....tolak tambah masa untuk membuang sisa2 dan mengisi minyak kereta.
Tip kedua,   
Jikalau memang benar-benar khuatir, especially yang berkeluarga, google lah hotel2 yang ada di Langkawi dan buatlah tempahan awal sebelom pergi. 
Dengan cara ini, pasti dapat mengelakkan anda daripada tidak mengalami tekanan mental dan kekejangan urat belikat kerna telah menyumbang kepada pengencing-pengencing yang berkenaan. 
Berbalik kepada hikayat pengembara-pengembara kita tadi......
Disebabkan masing-masing dah letih tahap lipan beranak lapan, kami pon amik je bilik tu.....bayarlah kami utk 2 malam dahulu...
Nek atas, mandi2....berehat sebentar bersama katil dan tv....lalu trun ke kedai mesra Petronas yang besebelahan hotel yang kami duduki......untuk membeli sadin setin dan sebuku roti...
Haha...terpaksa kami berdestinasi bajet malam tu.....
UISHH !!! Banyak dah ak taip rupanya....rest la plak....
Akan bersambung di next post....nantikan kemunculannya



Sblom itu, sedikit teaser untuk anda.....

Read more...

Music teacher online

Thursday, July 23, 2009

Well i was just surfing thru ultimate-guitar.com last nite when i came upon a video of this guy,Walt Disney Walt Ribeiro.

Clicked on the link to http://waltribeiro.net/ and found an awesome site of a music teacher teaching anything from the basic chords to....see for urself. He's awesome. Why? Because he made me understand scales on the guitar (and the piano...thanx dude) in just a few minutes of watching his video tutorial. And the energy and passion of this guy is astounding.

I have been playing the guitar for quite some time now, but i was self learned. So i didn't really got the basics of it. Just playing songs from tabs and chords found from the web.

For guys (and girls), especially the 'kampung' guys that usually started with only a 'Kapok" Rm70 guitar and couldn't afford going to guitar classes like me, this dude will certainly help you in so many ways. Do check out his site especially the video archives. He will certainly remind you of the teacher that really cares if the students understands his teachings (if u have met one).


Do drop some comments if u like this site.

Read more...

Langkawi recap

Tuesday, July 21, 2009

Been back from Langkawi for days but i was too lazy to edit the pictures i've taken. Actually it was a very short trip, not many sites visited, planned to ride the cable car at Gunung Machinchang (betul ke aku eja ni) the morning before we went home, but all of us overslept that morning.

Anyways, these are some of the pictures i've taken using my Fuji Finepix S1500 totally in manual mode. An amateur playing with a semi-pro camera. So bear with the photos alrite. =]

 
Hanya gambar-gambar inilah yg aku rasa ok untuk ditunjuk. Yang laien x bape nak menjadi. Harap maklum.
Will be waiting for Lima 09 this december!!!

Read more...

Gone To Langkawi

Friday, July 17, 2009

Yosh, besok jam 8 pagi ak akan bertolak ke Langkawi, negeri burung helang, kereta kabel, underwater world dan rokok karton...haha....mungkin aku hanya dapat melawat tempat menjual rokok karton saja kot...

Aku pegi sehari sahaja, menemani sepupu ku melihat tempat kediamannya untuk 6 bulan semasa praktikal nanti.hari sabtu ak akan pulang kembali ke pulau mutiara ini...Target aku tuk sok

Misi utama : Beli rokok Dunhill sekarton
Misi sekunder : Amik gamba byk2.
Misi tertier : beli coklat Daim...hehe, sedap wooo

Anyway, doakan ak selamat pergi dan kembali....Salam

Read more...

Perasmian oleh Dato'-Dato' orang

Thursday, July 16, 2009

Dah bape ari aku wat re-modelling blog ni....hmm....ak rase layoutnye dah mencapai tahap yang boleh memuaskan ati ak....

Lagipon, ak dah malas nak klik2 kat drafter ni dah....jadi...

Dengan ini, aku merasmikan yanosamo.blogspot.com dengan berwajah baru...sila-sila potong reben

 
By the way, ak akan pergi Langkawi ari jumaat ni....akan ak snap gamba2 menggunakan Fuji Finepix S1500 ak yg berhabuk tu disana nanti dan share di sini... adios dan terima kasih

Read more...

Fasa Pertengahan Siap!!

Wednesday, July 15, 2009

Baru pas buat banner utk blog ni..Mr. Kulu-Kulu telah memberi pandangannya bahawa banner aku yg terdahulu x matching ngan kaler blog, so ak buat banner yg baru...

telah ambil masa yg agak lama..sbb terkemut2 ak cuba guna photoshop...hahaha...

so, leh tahan gakla kan...first timer....

kerja-kerja akan terus dijalankan sebelum perasmian....

Read more...

Dalam Sesi Renovasi

Tuesday, July 14, 2009

Blog ak dah lama x update rupanya...sampaikan template yg ak guna dulu pon dah out of service...so skang ak dalam proses men-elok-kan semula blog aku ini....nak kata mencantikkan kang mesti x cantik mane bile dah siap nanti...so cukupla ala sedap mata memandang...hehe

Read more...

www.kuatberlakon.com

Video of the Week !!

Search This Blog

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP