lima 2007 hebat ??? part 1

Tuesday, July 28, 2009

Hmm...biarlah aku menulis dalam bahasa melayu pula kali ini...
bahasa ibunda bahasa tercinta...
bahasa orang melayu rakyat malaysia...

Pas belek-belek balik gamba2 yang ak ambil semasa di langkawi tempoh hari, telah membuatkan ak terkenang kembali kenangan berada di Langkawi pada tahun 2007...masa itu ak tgh cuti antara smester sblom menjadi pelajar tahun ketiga pusat pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia. Plan ke Langkawi itu telah dirancang berbulan-bulan lamanya...

Pada asalnya ramai yang mahu ikut bersama...tapi last-last minute, hanya tinggal bertiga... aku, Encik Azim (nama sebenar) dan Encik Huzaimi (juga nama sebenar)...hanya kami bertiga wakil pelajar aeroangkasa tahun 3 yg berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi, dengan tujuan utama yakni LIMA 2007...(kepada yang x tahu apa itu LIMA....silalah google sendiri)..

Seingat aku, kami bertolak pagi, kul bapa ak x igt, tapi ak bertolak lebih awal, dari rumah menaiki moto ke kampus (ak balik rumah sblom tu) dan kemudiannya pergi ke stesen bas parit buntar dengan membawa beg yg x bapa penuh dan semangat yang berkobar-kobar utk menyaksikan LIMA yang telah digembar-gemburkan setanding acara antarabangsa...

Kami kemudiannya menaiki bas ke Butterworth, tukar bas menuju ke Alor Star dan trun di Shahab Perdana (ejaan x pasti betul ke idak)...berhenti berehat sambil mengisi tank minyak masing2 utk membolehkan kaki berfungsi secara optimum dan minda berfungsi secara maximum....Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Perlis...Dan tiba di jeti Kuala Perlis...Lalu beratur utk membeli tiket feri...



Bagi anda yang tidak pernah pergi ke Langkawi sebelom ini, di sini saya juga bakal memberikan tips2 dan pengalaman yang berharga utk anda untuk mengelakkan anda ditipu atau lebih dikenali dengan bahasa supermarket, dikencing.....(sbb kami pun kena kencing time tu)....Jadi truskan membaca....

Ok...dimana saya td....owh, beratur beli tiket

haa...time beratur beli tiket, datanglah seorang brader, tanya macam2....ikuti perbualan kami dibawah

Bro Hancing : Dik nak pi tgk LIMA ka?

Kami : Aah..(Dengan muka excited...nak tau camna, sila bayangkan anda bakal menerima RM 1 juta...haa, skarang sila pergi ke cermin yang berdekatan dan lihat wajah anda.)

Bro Hancing : Dik dah booking hotel lom?

Kami : Lom...kami datang ni pon dengan hati yang terbuka dan penuh tawakal kepada Allah s.w.t ja.... (abaikan yang ini, ni ak tambah untuk menyedapkan sahaja cerpen hikayat aku ni)
 
Bro Hancing : Dik, skang ni susah nak dapat hotel...LIMA dik, banyak dah penuh...abang ada booking siap dah, kalau nak leh amik bilik abang, nak tak?

Kami : Brapa bang ?

Bro Hancing : Dik bayar RM50 tuk deposit kat abang, pastu nanti abg bagi resit adik bg, nanti hotel tu potong RM 50 tu...yg lebih tu dik bayar la ngan hotel k.

Kami berbincang seketika, x lama, hanya barang seminit dua.

Kami : Ok la bang...

Resit ditulis, tangan masing-masing menggapai dompet, duit dikeluarkan, duit dihulur...duit disambut......
duit sudah x kelihatan...

Bro Hancing : Ni resit, abang dah tulis alamat ni, nanti pi kat alamat ni...nanti sampai sana nak sewa keta ka? Abg ada keta kalau nak sewa...

Kami : Xpala bang, kami xnak sewa lagi, sampai ni pon dah nak malam nanti, kami nek teksi ja dulu kot..

Bro Hancing : Ok, xpala..

Kami : Tq bang..

Perbualan tamat. 

Tiket telah dibeli. Feri dinaiki. Langkawi menanti. Sebelom dijejaki. Ambil gambar untuk ditatap kemudian hari. Maaf atas kualiti gambar-gambar ini. Handphone dahulu x secanggih kini.

 
  


Tiba di Langkawi menjelang 7, kami trus berjalan melalui 'pagar' ketibaan. Sambar peta free satu, lalu keluar ke jalan utama, mencari kenderaan untuk ke hotel yang mempunyai katil dan shower yang memanggil2 dari tadi... 
Alamat hotel yang telah 'di-booking' awal tadi ditunjukkan kepada pemandu teksi. Berdesup kereta bercat merah kuning ini membawa kami ke koordinat yang telah diberi. Nasib baik sampai dengan kesemua anggota badan masih di tempat asal. Beg dikeluarkan dan kaki melangkah masuk ke lobi hotel.
Dan......saat yang ditunggu-tunggu........
Resit tadi dikeluarkan, ditunjukkan kepada kakak di kaunter tersebut, lalu kami berkata..
"Kami ada booking bilik tadi. Ni resitnya."
Kakak tadi wat muka blur2, dipanggil plak seorang lelaki berbangsa cina utk melihat resit yang telah kami berikan. Lelaki tersebut juga wat muka blur, tapi x se-blur kakak tadi. Dan dengan susulannya beberapa perkataan telah keluar daripada mulut lelaki tersebut yang telah membuatkan kami berasa PANAS, bermula dari telinga kami yang menerima kata-kata tersebut lalu secara osmosis trun ke hati masing-masing...
"Wa tatak kenai ini olang, kami talak hantar olang ma buat reservation, tapi kalau lu olang mau bilik, ala banyak lagi...mau ka?"
Arghhhh....kami dah kena kencing....RM50 dah melayang.....pelbagai kata sumpah seranah dan berbaur lucah melayang dalam pemikiran ak waktu itu, dan semestinya ditujukan khas buat Bro HANCING tadi.....
Jadi...tips pertama untuk orang yang tidak pernah ke Langkawi ataupun yang ingin menyaksikan LIMA tahun ini, pertama sekali, 
Jangan terpengaruh dengan sebarang tawaran yang dibuat oleh ULAT-ULAT jualan yang berada di sekitar terminal feri itu... 
ya...jangan sesekali terpengaruh...mahupun anda pergi semasa acara LIMA sedang berlangsung dan khuatir tiada hotel disana nanti, lebih baik anda ambil map FREE yang disediakan...sewa keta, dan rondalah satu Langkawi untuk cari hotel yang ada...Langkawi bukan besar mana pon...dalam x sampai 3 jam dah leh pusing satu langkawi....tolak tambah masa untuk membuang sisa2 dan mengisi minyak kereta.
Tip kedua,   
Jikalau memang benar-benar khuatir, especially yang berkeluarga, google lah hotel2 yang ada di Langkawi dan buatlah tempahan awal sebelom pergi. 
Dengan cara ini, pasti dapat mengelakkan anda daripada tidak mengalami tekanan mental dan kekejangan urat belikat kerna telah menyumbang kepada pengencing-pengencing yang berkenaan. 
Berbalik kepada hikayat pengembara-pengembara kita tadi......
Disebabkan masing-masing dah letih tahap lipan beranak lapan, kami pon amik je bilik tu.....bayarlah kami utk 2 malam dahulu...
Nek atas, mandi2....berehat sebentar bersama katil dan tv....lalu trun ke kedai mesra Petronas yang besebelahan hotel yang kami duduki......untuk membeli sadin setin dan sebuku roti...
Haha...terpaksa kami berdestinasi bajet malam tu.....
UISHH !!! Banyak dah ak taip rupanya....rest la plak....
Akan bersambung di next post....nantikan kemunculannya



Sblom itu, sedikit teaser untuk anda.....

3 Komentar:

cik.pija July 28, 2009 at 1:37 PM  

LIMA..
teringat waktu baru kenal.
hehe.
masok paper oo..

LIMA kali ni nk p gak.
hehe

penggunaan ayat yang bagus..
hehe..

cik.pija July 28, 2009 at 2:04 PM  
This comment has been removed by the author.
buaya July 29, 2009 at 9:04 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.

www.kuatberlakon.com

Video of the Week !!

Search This Blog

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP