Alhamdulillah....Rezeki Allah

Saturday, December 12, 2009

Well...setelah berbulan2 membesarkan badan di rumah dan baru sahaja sebulan lebih bergiat aktif dalam arena job hunting and interviews...akhirnya ak hanya mempunyai kurang daripada seminggu lagi untuk bermalas-malasan di rumah....puncanya.......

Baru sahaja menerima dokumen rasmi daripada Asian Composite (ACM) tadi pagi yang dengan secara rasminya melantik ak sebagai Manufacturing Engineer kelas E1( ak pon x paham kelas pe ni) dan dengan rasminya juga ak akan menamatkan status penganggur ak ni pada 21 hb Disember 2009. Sebenarnya ak telah menerima panggilan daripada cik Habibah daripada ACM pada rabu lepas, cam x caya pon ade, cam kena panggilan hangit pon ade...tapi dengan surat yang diterima tadi, ak dah confirm ini bukan suatu prank ataupun mimpi...

Hmm...skang ni agak sibuk nak bersiap sedia... rumah, medical checkup, peralatan harian dan sebagainya....

Dan selepas ini ak akan bermastautin samada di kawasan changlun, atau bukit kayu hitam....sangatlah berhampiran dengan siam...huhu...agak panas di kawasan ini, bertambah gelaplah ak yang memang sedia gelap ini...hehe

Buat yang tak tahun company ape ACM tu, secara ringkasnya company ini adalah company manufacturing Boeing yang banyak menghasilkan secondary structures untuk pesawat2 boeing tapi lebih spesifik adalah composite parts...dapat gak ak keje company aero...walaupun gaji x banyak...tapi leh la kot, sesuai ngan taraf hidup di kawasan itu yang serba serbinya murah...alhamdulillah

Doakan ak succesfull membina kerjaya ak di company ini ya....Trimas...

Read more...

www.kuatberlakon.com

Video of the Week !!

Search This Blog

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP