lima 2007 hebat ??? part 1
Tuesday, July 28, 2009
Hmm...biarlah aku menulis dalam bahasa melayu pula kali ini...
bahasa ibunda bahasa tercinta...
bahasa orang melayu rakyat malaysia...
Pas belek-belek balik gamba2 yang ak ambil semasa di langkawi tempoh hari, telah membuatkan ak terkenang kembali kenangan berada di Langkawi pada tahun 2007...masa itu ak tgh cuti antara smester sblom menjadi pelajar tahun ketiga pusat pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia. Plan ke Langkawi itu telah dirancang berbulan-bulan lamanya...
Pada asalnya ramai yang mahu ikut bersama...tapi last-last minute, hanya tinggal bertiga... aku, Encik Azim (nama sebenar) dan Encik Huzaimi (juga nama sebenar)...hanya kami bertiga wakil pelajar aeroangkasa tahun 3 yg berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi, dengan tujuan utama yakni LIMA 2007...(kepada yang x tahu apa itu LIMA....silalah google sendiri)..
Seingat aku, kami bertolak pagi, kul bapa ak x igt, tapi ak bertolak lebih awal, dari rumah menaiki moto ke kampus (ak balik rumah sblom tu) dan kemudiannya pergi ke stesen bas parit buntar dengan membawa beg yg x bapa penuh dan semangat yang berkobar-kobar utk menyaksikan LIMA yang telah digembar-gemburkan setanding acara antarabangsa...
Kami kemudiannya menaiki bas ke Butterworth, tukar bas menuju ke Alor Star dan trun di Shahab Perdana (ejaan x pasti betul ke idak)...berhenti berehat sambil mengisi tank minyak masing2 utk membolehkan kaki berfungsi secara optimum dan minda berfungsi secara maximum....Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Perlis...Dan tiba di jeti Kuala Perlis...Lalu beratur utk membeli tiket feri...
Bagi anda yang tidak pernah pergi ke Langkawi sebelom ini, di sini saya juga bakal memberikan tips2 dan pengalaman yang berharga utk anda untuk mengelakkan anda ditipu atau lebih dikenali dengan bahasa supermarket, dikencing.....(sbb kami pun kena kencing time tu)....Jadi truskan membaca....
Ok...dimana saya td....owh, beratur beli tiket
haa...time beratur beli tiket, datanglah seorang brader, tanya macam2....ikuti perbualan kami dibawah
Bro Hancing : Dik nak pi tgk LIMA ka?
Kami : Aah..(Dengan muka excited...nak tau camna, sila bayangkan anda bakal menerima RM 1 juta...haa, skarang sila pergi ke cermin yang berdekatan dan lihat wajah anda.)
Bro Hancing : Dik dah booking hotel lom?
Kami : Lom...kami datang ni pon dengan hati yang terbuka dan penuh tawakal kepada Allah s.w.t ja.... (abaikan yang ini, ni ak tambah untuk menyedapkan sahaja cerpen hikayat aku ni)
Bro Hancing : Dik, skang ni susah nak dapat hotel...LIMA dik, banyak dah penuh...abang ada booking siap dah, kalau nak leh amik bilik abang, nak tak?
Kami : Brapa bang ?
Bro Hancing : Dik bayar RM50 tuk deposit kat abang, pastu nanti abg bagi resit adik bg, nanti hotel tu potong RM 50 tu...yg lebih tu dik bayar la ngan hotel k.
Kami : Ok la bang...
Bro Hancing : Ni resit, abang dah tulis alamat ni, nanti pi kat alamat ni...nanti sampai sana nak sewa keta ka? Abg ada keta kalau nak sewa...
Kami : Xpala bang, kami xnak sewa lagi, sampai ni pon dah nak malam nanti, kami nek teksi ja dulu kot..
Bro Hancing : Ok, xpala..
Kami : Tq bang..
Perbualan tamat.
Tiket telah dibeli. Feri dinaiki. Langkawi menanti. Sebelom dijejaki. Ambil gambar untuk ditatap kemudian hari. Maaf atas kualiti gambar-gambar ini. Handphone dahulu x secanggih kini.
Sblom itu, sedikit teaser untuk anda.....
3 Komentar:
LIMA..
teringat waktu baru kenal.
hehe.
masok paper oo..
LIMA kali ni nk p gak.
hehe
penggunaan ayat yang bagus..
hehe..
Post a Comment